Nang (memang) ada
juga anak tidak mengenang jasa ibu bapanya masa inikan. Dahlah penat ibunya
melahirkannya tapi dihantar ke Rumah Orang Tua. Macam kes di Rumah Jagaan &
Rawatan Orang Tua Ikhlas, Selangor ni.
Ibu, 80 tahun dan
mempunyai 3 orang anak telah meninggalkan ibunya di tepi jalan yu. Ish..geram
na hati saya tok eh... tengah naip tok
pun tak dapat kawal rasa mulut nak... Anak-anaknya bukan mengherdik ibunya saja
bahkan madah ibunya pembawa sial bila anak lakinya gagal dalam perniagaan. Ibu dikatakan bodoh & celaka.
Adaaakkaahhh? Eeee....ggggrrrr...nya
saya.. padah ibu ya “ Sejak anak lelaki
saya mengalami masalah perniagaan, dia sering memaki saya dengan panggilan
sial, bodoh dan celaka. Mungkin kerana saya membebankan mereka. Dia anak kesayangan dan dimanjakan sejak
kecil lagi.”
Ibu merayu anaknya
supaya tidak meninggalkannya tetapi tidak diendahkan apabila sifat
perikemanusiaan, bahkan mereka meninggalkannya sehelai sepinggang. Sebelum ibu
itu dibuang, mereka ada menjaga ibunya selepas bapa mereka meninggal dunia. Tetapi
kian berubah bila anak lelakinya ada masalah dalam perniagaan.
Ibu ini sering
menitiskan air mata bila mengenangkan nasibnya dan reda dengan takdir yang akan
datang. Semasa Syawal tadi...ibu ini hanya beraya di Rumah Jagaan tersebut.
Peringatan: Bersama-sama kita memberi layanan dan kasih sayang yang superb kepada
ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup. Janganlah jadi anak derhaka macam
cerita ini. Berkorbanlah apa saja untuk ibu bapa masing-masing. Duit dapat
dicari...ibu bapa tiada galang gantinya.
Love my mum so much- berik vitamin sakit lutut jak saya dengan
emak saya. Next gik lak...nak berik Vivix for my lovely Emak! Ambillah berkat
dengan berbuat baik dengan orang tua, sama ada ibu bapa kandung, atau ibu bapa
mertua kitak orang...untuk Yan..Al-Fatihah...
2 comments:
harap saya x jadi anak derhaka...jauh pales
Nauzubillah
Post a Comment