Berita hot semasa... Ubat tiruan...untuk dimakan mahupun dipakai. (Berita Harian/Sept.12)
AWAS! JANGAN MUDAH
TERPENGARUH DENGAN HARGA YANG MURAH.
Ubat tiruan yang berlambak di pasaran mahupun internet makin
berleluasa. Bahkan terdapat Contact lens
murah dan bahaya untuk kesihatan. Ada kes klien ni tertidur semasa menggunakan
lens yang murah ni...keesokan hari nya..mata dia merah dan pedih. Kesiannya...
Inilah puncanya pembeli mudah sangat
terpengaruh dengan perkataan MURAH! Apatah lagi JUALAN MURAH! Cepat-cepat
sementara stok masih ada. Bak kata
pepetah ...diluah mati emak, ditelan mati bapa.
Kita sebagai pengguna yang celik haruslah
bijak menilai ubat-ubat tiruan ni. Termasuklah kes vitamin C Shaklee yang
diolah semula dengan mengatakannya vitamin organic dan dijual sangatlah mahal
berbanding yang original. Bahkan ada pengguna yang terpedaya dengan penipuan
tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menganggarkan lebih 10 peratus daripada keseluruhan ubat-ubatan yang digunakan
di seluruh dunia adalah tiruan. Malahan, bagi sesetengah Negara, adalah
didapati telah mencapai 50 peratus. Rata-rata masyarakat tidak tahu membezakan
mana ubat tiruan mana ubat asli. Apatah lagi sesetengah produk ini dijual lebih
murah dan dijual di premis yang tidak menimbulkan keraguan lalu dibeli tanpa
was-was serta tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.
Mangsanya ialah pengguna yang lalai. Lebih
memburukkan keadaan apabila mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat dengan
bersenam, beriadah dan makanan seimbang dengan mengambil ubat palsu ini sesuka
hati dengan kandungannya yang mungkin mengandungi racun ataupun kandungan dadah
yang berlebihan. ( Teringat salah satu testimoni pengguna Shaklee di mana
pejabat mereka mengadakan ujian kesihatan air kencing dan dia tidak dapati
positif dadah manakala rakan sepejabatnya yang mengambil ubat kesihatan pulak
didapati positif). Jelas, Shaklee adalah produk yang terjamin selamatnya dan
bukan tiruan.
Satu lagi sikap pengguna kita yang tak
sabar-sabar melihat hasil selepas menggunakan produk tiruan ni. Disebabkan cuai
anak lalai, mereka beli saja produk yang terdapat di pasaran yang mampu
memuaskan hati pengguna dalam jangka masa singkat berbanding produk yang
semulajadi yang kena sabar meskipun hasilnya lebih baik dalam jangka masa
panjang. Semua ini di tangan pengguna. Kesedaran dan keprihatinan penting
sebagai benteng terjebak dengan pengambilan ubat tiruan ini.
JADI, KITA SEBAGAI PENGGUNA,
BERWASPADALAH DENGAN UBAT TIRUAN...
Belilah yang dijamin SELAMAT, BERKESAN DAN
SEMULAJADI (TANPA SINTETIK). Hargailah kesihatan anda. Cegah sebelum
parah. Luv u all...
0 comments:
Post a Comment